Jenama Datsun mati buat kali kedua - operasi di India ditamatkan

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Datsun dihidupkan kembali oleh Nissan sebagai satu jenama alternatif yang lebih mampu milik, khususnya untuk pasaran negara membangun.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Namun, jenama tersebut nampaknya tidak mampu untuk bertahan lama di dalam dunia moden hanya selepas beberapa tahun, dan di negara jiran Indonesia, jenama tersebut telah pun berkubur kira-kira dua tahun yang lalu.

Selepas itu, jenama Datsun sebenarnya masih lagi wujud di India, namun berdasarkan perkembangan terbaharu, Nissan nampaknya sekali lagi terpaksa menguburkan Datsun dengan mengumumkan penamatan produksi model di negara tersebut.

Kilang Datsun di Chennai merupakan fasiliti terakhir yang memasang model-model Datsun selepas dua fasiliti yang terletak di Russia dan Indonesia ditutup pada tahun 2020.

Faktor jualan yang merudum sejak kebelakangan ini merupakan punca kepada riwayat Datsun yang terlalu pendek, dan ia diburukkan lagi dengan pelan penstrukturan semula yang dilakukan oleh Nissan demi memulihkan keadaan kewangan syarikat tersebut.

Sementara itu, Autocar India memetik kebanyakan kereta-kereta Datsun dibelenggu dengan masalah pemasangan yang tidak kemas, kualiti bahan yang buruk, serta penarafan sifar bintang dalam ujian pelanggaran Global NCAP.

Sumber: Autocar India

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Berita Global
Kini, terdapat ura-ura di mana Nissan sedang berusaha untuk membangkitkan kembali jenama mampu…
Berita Global
  Datsun merupakan satu dari jenama kenderaan Jepun yang ikonik. Datsun sebelum ini dikenali…