Jenama Borgward memasuki pasaran Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Pasaran automotif Malaysia dijangka bakal meriah dengan kemunculan satu jenama baru pada hujung bulan ini di Malaysia Autoshow 2018.

Sedikit sejarah mengenai Borgward. Syarikat ini berasal daripada Jerman, ditubuhkan pada tahun 1919 oleh pengasas utama, Carl F. W. Borgward. Syarikat ini suatu ketika pernah menjadi syarikat pengeluar kenderaan kedua terbesar selepas Volkswagen AG sebelum disahkan bankrap pada tahun 1961.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Setelah puluhan tahun syarikat ini dorman, akhirnya nama Borgward bangkit semula menerusi pembelian bernilai lebih €5 million (RM23.8 million) oleh Beiqi Foton Motor Co Ltd daripada waris Borgward yang asal, iaitu Christian Borgward pada tahun 2014.

 

Borgward disahkan bakal membawa masuk dua model SUV, iaitu BX5 dan BX7. Majlis pelancaran itu akan diadakan seiring dengan upacara tandatangan perjanjian dengan syarikat pengedar.

 

Menurut CEO Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari menyatakan bahawa pelancaran SUV Borgward ini disasarkan kepada pasaran ASEAN.

 

“Borgward akan melantik pengedar rasmi (bagi jenama itu) dan lebih daripada 100 pengedar akan datang ke pameran (Malaysia Autoshow) untuk menerima sijil pengedaran rasmi,” tambah beliau.

 

GO Exim Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk model SUV ini juga bakal mempunyai perancangan untuk memasang model ini secara CKD. Menurut Madani, syarikat itu turut mensasarkan hub automotif di Bagan Datoh, Perak yang baru diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai salah satu lokasi yang berpotensi untuk pemasangan tempatan.

 

Borgward BX7 merupakan SUV segmen C yang diperkenalkan pada tahun 2015 di Frankurt Motor Show. BX7 menggunakan enjin 2.0 liter kuasa turbo, ia mampu menjana 224hp dan 300Nm tork dipadankan dengan penggunaan kotak gear enam kelajuan. BX7 dengan sistem AWD ini mampu memuatkan sehingga 7 orang penumpang.

 

Borgward BX5 pula merupakan “adik” yang diperkenalkan pada tahun 2016 di Geneva Autoshow. SUV segmen B ini menggunakan enjin 1.8 liter turbo, mempunyai 190hp dan 280Nm tork sebelum kuasa ini disalurkan ke semua empat roda. Sama seperti abangnya, BX5 turut menggunakan kotak gear enam kelajuan.

 

 

 

Sumber: The Malaysian Reserve
Sumber gambar: Laman Rasmi Borgward

Penulis: Muhamad Hanif

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Jenama yang pernah menjadi pengeluar ketiga terbesar di negara asal itu dihidupkan semula pada…
Berita Global
Terbaharu, menurut laporan daripada agensi Persatuan Kewangan China, Xiaomi dilaporkan sedang…
Berita Global
Menurut sumber yang enggan dikenali memberitahu Pandaily, "jenama Borgward tidak akan berjaya,…