Jenama Alfa Romeo, Subaru paling kerap kena saman halaju

oleh Mohamad Hanif|
Satu kajian terbaharu di Amerika Syarikat mendapati para pemandu kenderaan berjenama Alfa Romeo dan Subaru merupakan golongan yang kerap mendapat saman halaju dalam rekod pemanduan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Insurify memperoleh data tersebut daripada 4 juta permohonan insurans kenderaan di negara itu dan mendapati secara purata 10.53 peratus penduduk di sana mempunyai sekurang-kurangnya satu saman halaju di dalam rekod.

Berikut merupakan 5 jenama automotif utama yang cenderung untuk mendapat saman halaju:

1. Alfa Romeo (14.91 peratus)
Paling kerap disaman - Alfa Romeo Giulia (16.35 daripada 100 pemandu)
Paling kurang disaman - Alfa Romeo Stelvio (12.08 daripada 100 pemandu)

2. Subaru (15.88 peratus)
Paling kerap disaman - Subaru WRX (20.03 daripada 100 pemandu)
Paling kurang disaman - Subaru Ascent (6.76 daripada 100 pemandu)

3. Volkswagen (12.24 peratus)
Paling kerap disaman - VW Golf GTI (15.88 daripada 100 pemandu)
Paling kurang disaman - VW Beetle (9.12 daripada 100 pemandu)

4. Maserati (12.23 peratus)
Paling kerap disaman - Maserati GranTurismo (13.62 daripada 100 pemandu)
Paling kurang disaman - Maserati Quattroporte (9.90 daripada 100 pemandu)

5. RAM (12.22 peratus)
Paling kerap disaman - RAM 1500 (12.28 daripada 100 pemandu)
Paling kurang disaman - RAM 2500 (11.54 daripada 100 pemandu)

 


Sumber: Insurify

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Satu daripadanya ialah sedan Giulia EV yang akan tiba tahun 2025, diikuti pengganti Stelvio pada…