Jemputan ke 1st Mitsubishi Owners Gathering 2018 buat para pemilik kenderaan jenama Mitsubishi

oleh Mohamad Hanif|
Triton Tuners Club Malaysia (TTCM) dengan kerjasama dan sokongan daripada Mitsubishi Motors Malaysia, Toyo Tyres Malaysia, PDRM, Kerajaan Negeri Melaka dan Kem Pertama Resort Alor Gajah Melaka akan mengadakan perjumpaan pertama buat para pemilik kenderaan jenama Mitsubishi untuk tahun 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program 1st Mitsubishi Owners Gathering 2018 ini bakal menghimpunkan lebih 500 pemilik kenderaan Mitsubishi dari pelbagai segmen

  • pacuan 4 roda - Triton, Storm, Pajero
  • MPV - Grandis
  • SUV - RVR, Outlander
  • Crossover - ASX
  • kereta penumpang - Lancer, Lancer GT, Mirage, Attrage
  • old school - Super Touring, Galant VR4, Lancer Turbo, Mirage Colt, dan lain lain

Program ini bakal berlangsung di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka pada 2 September 2018 bermula jam 11 pagi hingga 5 petang dan dijangka menarik lebih 1000 pengunjung.

Dengan tawaran kemasukan dan penyertaan percuma, program ini bakal diselitkan dengan pertandingan2 modifikasi kenderaan dgn hadiah2 Dan cabutan bertuah yg lumayan. 

Selain itu, terdapat juga promosi jualan tayar Toyo Tyres, minyak pelincir Liqui Moly dan Pakelo serta tawaran modifikasi dan baik pulih kenderaan dari K1 exhaust system serta bengkel yg disahkan kualiti dan mutu kerjanya oleh TTCM. 

TTCM masih membuka penyertaan kepada mereka yang masih berminat untuk hadir dengan 500 kenderaan pertama akan dihadiahkan dgn beg cenderamata beserta baju T eksklusif dan jamuan makan ringkas.

Pautan pendaftaran adalah seperti berikut. 

https://drive.google.com/open?id=1M0M4DPR2-Dx0_oMNjK1ccazgP4UrdrI7TJx4m1guXEc
 

Berita Berkenaan

Informasi
  Pengurus program, Mohd. Amri Sulaiman, berkata, selain peserta dari dalam negara, peminat kereta…