Jemaah Menteri guna EV tahun depan - Menteri

oleh Mohamad Hanif|
gambar sekadar hiasan.
Kerajaan memutuskan untuk menggunakan kenderaan eletrik (EV) kepada semua jemaah Menteri, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jelas beliau, penggunaan kenderaan elektrik itu akan berkuatkuasa mulai tahun depan.

“Mulai tahun depan, semua perolehan kerajaan akan bergerak kepada kereta elektrik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pejabat Khidmat Malaysia di Batu Caves hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, butiran mengenai penggunaan kenderaan EV itu masih belum diputuskan.

“Secara butirannya belum diputuskan lagi oleh kerana tidak banyak lagi kereta elektrik, maka kosnya agak tinggi tapi bila penggunaan lebih banyak kos akan jadi lebih murah.

“Isu kita ialah tempat pengecas, jadi kita terpaksa sediakan fasiliti dahulu di mana stesen pengecaman kena dibina,” katanya.

Sumber: MalaysiaGazette

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan daripada Bernama menyebut, Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof berkata, cadangan itu sudah…