Jelajah Vario Sayangi Malaysiaku uji kemampuan sebenar skuter kecil 150cc sejauh 1,400 km

oleh Mohamad Hanif|
Bermula dari Kilang Boon Siew Honda yang terletak di Batu Kawan, sepasukan rakan-rakan media dan personaliti media sosial telah berkumpul bagi menjayakan konvoi sejauh 1,400 km meliputi beberapa destinasi popular di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebanyak 14 unit skuter AT Vario 150 yang dihiasi dengan rekaan berunsurkan negeri-negeri di Malaysia digunakan sepanjang konvoi selama tujuh hari merentasi Semenanjung yang akan berakhir di acara Malaysian Cub Prix di Bandar Penawar pada 16 Disember ini. 

Sebelum berlepas, para peserta diberikan peluang untuk melawat kilang pemasangan motosikal Honda, dan secara kebetulan kami dapat menyaksikan dengan sendiri pemasangan motosikal moped paling hangat di pasaran, iaitu RS150R. 
 


Careta berkesempatan untuk menyertai pada hari pertama konvoi meliputi jarak sekitar 359 km daripada Batu Kawan sehingga ke Kota Bharu, Kelantan dengan menyelusuri Lebuhraya Timur-Barat. 

Pada bahagian pertama konvoi ke Kota Bharu, cuaca amat baik dan memudahkan kami menguji sendiri kemampuan dan ketahanan Vario terutama ketika di lebuhraya dan jalan yang berliku sebelum berhenti makan di Royal Belum. 
 


Namun, memasuki bahagian kedua, cuaca mula redup dan hujan didapati turun sepanjang perjalanan kami ke Kota Bharu. 

Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, Honda Vario 150 masih gagah untuk meneruskan perjalanan dan kami selamat tiba di Kota Bharu kira-kira jam 6.30 petang. 

Oleh kerana keperluan kerja yang ketat, Careta terpaksa mengundurkan diri dan tidak dapat meneruskan perjalanan menuju ke selatan. 
 


Difahamkan ketika ini (hari keempat) konvoi Vario 150 sedang bergerak daripada Awana Hotel Genting Highlands menuju ke Concorde Hotel di Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada Boon Siew Honda Sdn Bhd kerana menjemput kami untuk menyertai Jelajah Vario Sayangi Malaysiaku. 

Saksikan galeri gambar sepanjang perjalanan kami dari Batu Kawan ke Kota Bharu. 

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…