Jejambat Nyabau - Jejambat terpanjang di Sarawak

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Harian Metro
Jejambat terpanjang di Sarawak, Jejambat Nyabau yang terletak di Lebuhraya Pan-Borneo bakal memberi nafas baharu terhadap sistem jalan raya di Bintulu.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan jejambat itu semalam berkata, ia juga akan menjadi satu lagi mercu tanda wilayah tengah Sarawak ke arah jaringan infrastruktur moden dan progresif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sepanjang 1.23 kilometer (km), pembinaan Jejambat Nyabau yang berkos RM164 juta bermula Mac 2017 dan mengalami kelewatan berikutan negara dilanda pandemik Covid-19, dua tahun lalu.

 

"Laluan Pan-Borneo di kawasan Nyabau ini merupakan pertembungan antara pengguna kenderaan dari Miri, Sibu dan Tanjung Kidurong termasuk Pusat Perindustrian Samalaju (SIP) yang mana pembinaannya di kawasan strategik dan tepat pada masanya," katanya.

Abang Johari berkata, walau lewat siap, projek itu menunjukkan komitmen tinggi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan kontraktor bertauliah.

 

"Ingin saya maklumkan juga bahawa projek Lebuhraya Pan-Borneo Fasa 1 dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini," katanya.

 

Abang Johari berharap agar Jejambat Nyabau dan jaringan lebuh raya yang moden dan selesa akan merancakkan lagi sosioekonomi penduduk setempat serta industri hiliran yang lain.

 

"Dengan jaringan jalan raya yang baik dan pembangunan sosioekonomi yang lebih baik akan membolehkan Sarawak mencapai status negeri maju menjelang 2030 nanti," tambah beliau.

 

 

 

Harian Metro