“Pemeriksaan akhir berkaitan teknikal telah dijalankan, semuanya dalam keadaan baik dan jejambat akan dibuka pada 7 Julai ini,” katanya ditemui pada majlis pembukaan semula laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Highlands di Hulu Selangor pada Isnin.
Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan kira-kira RM60 juta untuk membina jejambat baharu bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut.
Amirudin memaklumkan jejambat itu bakal memberi manfaat kepada 65,000 penduduk serta pengguna SKVE dan ELITE, dari arah Bandar Saujana Putra.