Jeep Wrangler 6x6 untuk dijual - harga bermula dari RM1.19 juta sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Trend trak pikap dengan konfigurasi sistem pacuan 6x6 sebenarnya bukanlah suatu yang baharu, memandangkan kami di Careta sebelum ini pernah memaparkan beberapa contoh yang lahir dari negara barat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pendatang baharu ke dalam senarai trak pikap 6x6 kali ini ialah sebuah Jeep Wrangler yang telah ditambah sebuah gandar tambahan di bahagian belakang, menjadikan jumlah keseluruhan tayar menjadi enam. 

Mungkin enjin asal dirasakan terlalu lemau untuk menggerakkan gandar tambahan di bahagian belakang, ia telah dihukum buang daerah dan digantikan dengan enjin Hellcat 6.2 liter bentangan V8 dengan induksi paksaan cas lampau (supercharger). 
 


Enjin tersebut bukan calang-calang, dalam keadaan standard ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 707 kuasa kuda dan daya kilas 881 Nm!

Bermula sebagai sebuah Wrangler normal, pihak Exotic Custom Motorsports telah menambah truck bed di bahagian belakang bagi memuatkan gandar ketiga dan differential Ford bersaiz 9 inci. 
 


Wrangler ini telah dinaiktaraf keupayaan off-roadnya seperti driveshaft kustom, gandar tahan lasak, control arm boleh laras sepenuhnya di bahagian depan dan belakang, sebelum diakhiri dengan tayar off-road bersaiz 35 inci dan lift kit lima inci. 

 


Trak pikap 6x6 Wrangler ini sebenarnya akan dijual di laman Craigslist dengan harga sekitar $289,900 (RM1.19 juta!) sahaja. 

Namun bagi mereka yang inginkan kelainan (dan jumlah amaun di dalam akaun bank yang tidak mendatangkan sebarang syak wasangka), pihak Exotic Custom Motorsports sedia untuk memenuhi kehendak anda. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jeep-Wrangler Rubicon 2015   Model konsep ini dikuasakan enjin HEMI 6.4 liter V8 berkuasa…
Berita Global
Disebabkan pergerakan Wrangler yang terbaik ketika ujian, pihak IIHS terpaksa  menurunkan gred SUV…
Berita Global
Menurut ujian pelanggaran kenderaan baharu yang dijalankan oleh ANCAP, Toyota Hiace dan Nissan Leaf…