Jeep Wayout antara yang menyerlah di Easter Jeep Safari 2019

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jeep, jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena SUV dan trak pikap off-road kerana setiap apa yang mereka hasilkan memang bertepatan dengan nama jenama itu sendiri. 

Untuk tahun ini, Jeep kembali lagi dengan beberapa model konsep, kebiasaanya memberikan gambaran apa yang bakal ditawarkan tidaak lama lagi - sama ada secara terus daripada Jeep atau divisyen prestasi Jeep Performance. 

Berikut merupakan enam buah model konsep yang bakal diperkenalkan pada Easter Jeep Safari di Moab, Utah. 

 

Jeep JT Scrambler concept


Sebuah Jeep Gladiator Rubicon dengan layangan elemen grafik retro 1980-an. 

Jika luaran retro, dalaman juga menerima hiasan yang sama, terdiri daripada kemasan kulit perang dan diselangi jahitan berwarna jingga. 

Rim bersaiz 17 inci dibaluti tayar off-road 37 inci menghiasi ruang arca roda. 

Enjin standard 3.6 liter bentangan V6 tidak disentuh, namun Jeep memberikan modifikasi intake kemasukan udara sejuk (CAI) dan sistem ekzos cat-back. 

 

Jeep M-175 Five-Quarter


Trak militari yang telah menjalani modifikasi restomod, tampak garang dan gagah. 

Enjin V8 Supercharger Hellcat 6.2 liter mampu menghamburkan 707 kuasa kuda kepada sistem pacuan empat roda. 

 

Jeep J6 Concept


Secara asasnya, ia merupakan sebuah Gladiator dengan rekaan dua pintu, dan kabin belakang 'dibuang' bagi memuatkan truck bed dengan tambahan dimensi ekstra 12 inci. 

Bagi melengkapkan imej trak pikap, Jeep turut memasang sport bar 2.25 inci, perlindungan bawah casis, rim 17 inci jenis beadlock dan tayar off-road 37 inci. 

Nice.

 

Jeep Wayout


Para peminat camper 4x4 akan menghargai apa yang didatangkan pada Jeep Wayout ini, sebuah kanopi kustom yang bertindak sebagai khemah mudah lipat terpasang di ruang belakang - mampu memuatkan dua orang!

Pemandu tidak perlu risau ketika berada lama di hutan, kerana Jeep Wayout tampil dengan dua buah tangki bahan api ekstra terbina di sisi truck bed. 

Selain daripada itu, lift kit 2 inci, rim 17 inci, tayar off-road 37 inci dan sistem cangkuk berkeupayaan menarik beban 5,443 kg sangat berguna ketika sesi off-road. 

 

Jeep Flatbill


Penampilan ekstrem Flatbill ini diinspirasikan daripada sukan Motocross. 

Bagi menyahut keupayaan off-road yang lebih mencabar, Jeep memasang gandar depan dan belakang Dynatrac Pro-Rock 60, tayar off-road 40 inci, rim 20 inci serta lift kit Off-Road Evolution 4 inci. 

Prestasi enjin juga turut diperbaiki dengan penggunaan bukaan kemasukan udara sejuk. 

 

Jeep Gladiator Gravity


Trak pikap bertemakan rock-crawler ini menampilkan lift kit 2 inci, rim 17 inci serta tayar 35 inci. 

Keselamatan penumpang dijamin dengan penggunaan rock rail yang lebih tebal dan lebar selain dibantu dengan pemasangan front bush guard di hadapan. 

Untuk prestasi yang lebih mencengkam ketika sedang mendaki, Jeep turut membawakan pemasangan CAI dan sistem ekzos jenis cat-back bagi memberikan kuasa ekstra. 

Kesemua model konsep ini dipamerkan pada acara Easter Jeep Safari bermula 13-21 April, 2019.