Jeep mahu saman Mahindra kerana tiru konsep

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai yang tidak tahu tetapi Mahindra mula menjual varian Roxor mereka di US sejak awal tahun ini. 

Malah, lagi ramai yang tidak tahu bahawa Mahindra memasang model Roxor itu di salah satu dari LIMA kilangnya di sana (New Kansas, Texas, Pennsylvania, Tennessee dan Georgia).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model Roxor ini memang kelihatan sama seperti Willys Jeep Perang Dunia Kedua dan kerana itulah Fiat Chrysler, pemilik jenama Jeep berang bila Mahindra mula menjual Roxor di US.

Rabu lalu Fiat Chrysler memfailkan tuduhan mereka kepada mahkamah US. Mereka menuduh Mahindra mengimport tanpa lesen produk yang menyerupai produk Fiat Chrysler Automobiles (FCA). 

 

 

 

Menurut laman web Jalopnik, Fiat Chrysler telah membuat pertuduhan bahawa rekabentuk Jeep:

  1. Badan kotak bersegi dengan panel rata pada sisi dan bahagian belakang yang sama tinggi dengan penutup enjin di depan.
  2. Penutup enjin (hood) yang rata dengan sisi yang melengkung ke bawah. ia juga tirus di depan.
  3. Ruang tayar bentuk trapezoidal dan fender yang terkeluar dari gril.
  4. Gril rata dengan jeriji menegak serta bentuk trapezoidal dengan lamopu bulat di sisi atas gril.
  5. Pengikat hood jenis luaran.
  6. Ruang pintu yang habis di atas panel sisi badan.

 

 

Fiat Chrysler mendakwa produk Mahindra ini menimbulkan kekeliruan dan juga mengatakan Mahindra menggunakan taktik Roxor direka seperti Willys Jeep sebagai cara penjualan.

Namun begitu, jika dikaji dari segi sejarah, Fiat Chrysler pernah mempunyai hubung kait perniagaan dengan syarikat India itu bila ia membenarkan Mahindra  membuat dan menjual komponen dan produk Jeep di India pada awal 1940-an.

Fiat Chrysler juga berhasrat untuk memastikan Maindra berhenti menjual Roxor.

Untuk membaca sendiri surat peguam kepada Mahindra, sila lawati laman Jalopnik di bawah.

https://jalopnik.com/jeep-is-trying-to-keep-the-mahindra-roxor-from-going-on-1828080605

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Ianya berdasarkan dakwaan bahawa Mahindra telah menyalin reka bentuk model Jeep. Hakim Daerah U.S…