Jeep dedah imej penuh SUV kompak Renegade

oleh Mohamad Hanif|
Pada awal pengenalan Jeep Renegade, ia dikatakan menjenamakan semula imej Jeep menerusi kombinasi reka bentuk yang lebih mesra bandar dan kemampuan off-road yang sinonim dengan jenama itu.

Kini, Jeep telah menaik taraf (facelift) Renegade dengan rekaan yang lebih moden dan tampak lebih anggun berbanding model terdahulu. 
 


Salah satu perkara yang senang untuk dicam ialah gril hadapan yang telah dikemaskini rekaannya, ditambah pula dengan bar krom yang lebih tipis. 

Posisi lampu kabus telah diubah, dan aliran udara pada bahagian bawah juga telah ditambah baik. 

Bahagian lampu belakang pula menampakkan bentuk huruf X yang lebih besar dan sedikit sentuhan rahsia daripada Jeep boleh dilihat pada tengah-tengah lampu belakang tersebut. 
 


Menurut Jeep, Renegade ini bakal ditawarkan pilihan enjin baharu 1.0 liter yang mampu mengeluarkan 120 hp dan enjin 1.3 liter yang menghasilkan dua output kuasa  - 150 hp dan 180 hp - bergantung kepada konfigurasi. 

 

Tags

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Jeep, jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena SUV dan trak pikap off-road kerana…
Berita Global
Pendatang baharu ke dalam senarai trak pikap 6x6 kali ini ialah sebuah Jeep Wrangler yang telah…
Berita Global
Berdasarkan ujian yang dijalankan baru-baru ini oleh EURO NCAP, Fiat Panda menjadi kenderaan kedua…