Jean Todt - F1 Elektrik? Lama lagi!!!!!

oleh HEZERI SAMSURI|
Datuk Seri Jean Todt, Presiden untuk FIA, badan yang bertanggung-jawab di atas siri perlumbaan Formula 1 berkata ia akan mengambil masa berdekad-dekad untuk perlumbaan berprestij itu bertukar menjadi perlumbaan kenderaan elektrik sepenuhnya.

Todt berkata demikian walaupun FIA sendiri bakal mengiktiraf Kejuaraan Formula E tahun hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, perlumbaan Formula E semakin mendapat perhatian ramai dan jumlah penonton juga meningkat. Semakin banyak juga pembuat kenderaan yang mahu membabitkan diri di dalam sukan itu.

Menurut Motorsposrt.com, Todt berkata untuk F1 bertukar menjadi elektrik, ia akan mengambil masa puluhan tahun, dan itu pun jika ia mahu bertukar ke kuasa elektrik.

 

 

Todt juga berkata enjin hibrid ialah pilihan tepat untuk F1 sekarang kerana prestasi yang dihasilkan dan mesra alam.

"Tidak ada kereta lumba elektrik yang mampu dipandu selaju kereta F1 untuk jarak 300 km," ujarnya.

Kereta lumba Formula E dikatakan mampu bergerak selaju 280 kmsj sementara Juan Pablo Montoya pernah direkodkan memandu jentera Formula 1 selaju 370 kmsj.

"Enjin hibrid yang digunakan sekarang ialah satu pilihan yang wajar dan langkah seterusnya ialah untuk menggunakan bahan api yang lebih mesra alam," tambah Todt.

Apa pendapat anda pula?

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…