JDT bakal sertai arena sukan lumba motosikal, umum kerjasama dengan Hafizh Syahrin

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto Johor Southern Tigers
Jenama Johor Darul Ta'zim (JDT) dilapor bakal menceburi arena sukan permotoran, atau lebih tepat lagi lumba motosikal dengan kerjasama dari bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan akaun rasmi Johor Southern Tigers di X, pasukan yang akan dikenali sebagai JDT Racing Team itu bakal dikuatkan dengan bantuan dari bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin sebagai pelumba pasukan tersebut.

Melalui pengalaman luas dan selaku penunggang MotoGP pertama Malaysia dan Asia Tenggara, pengalaman mahal yang dimiliki Hafizh pastinya mampu membantu kejayaan pasukan JDT Racing Team.

Sebagai permulaan, pasukan JDT Racing Team akan bersaing dalam perlumbaan Asia Road Racing Championship, dengan hasrat untuk melebarkan sayapnya dalam perlumbaan Superbike World Championship.

Menurut kenyataan rasmi juga, usaha terbaharu itu ditetapkan untuk memasarkan lagi jenama JDT di peringkat global dan membuka lebih banyak pintu kepada lebih banyak perkongsian antarabangsa.

 

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ketua Unit Komersil Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Kevin Ramalingam berkata, tarikan…
Berita Domestik
Kerjasama itu juga akan menyaksikan Aston Martin diberi hak untuk mengeluarkan rekaan edisi terhad…