JD Power tutup pejabat di Malaysia dan Asean - tumpu hanya kepada China dan Jepun

oleh HEZERI SAMSURI|
Agensi penyelidikan pasaran terkemuka, JD Power akan menutup tiga pejabatnya yang terletak di Singapura, Bangkok dan Sydney sebagai salah satu langkah menyusun kembali organisasinya setelah diambil alih oleh Thoma Bravo LLC, sebuah syarikat pelaburan yang berpengkalan di US.

Ketiga-tiga pejabat itu akan ditutup secara berperingkat sehingga pertengahan 2020 dan JD Power akan hanya beroperasi di Asia melalui tiga cawangan - Beijing, Shanghai dan Tokyo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

JD Power Malaysia pula beroperasi dari pejabatnya di Singapura dan dengan penutupan pejabat di situ dan juga di Bangkok, ia bermakna JD Power tidak akan mempunyai sebarang wakil di Asean.

Namun begitu Darren Sind, presiden JD Power untuk wilayah Asia UTara, Asean dan Ocenia berkata, walaupun ia tidak lagi ada secara fizikal di ketiga-tiga wilayah itu, JD Power tidak akan meninggalkan langsung kawasan perdagangan tersebut.

"Kami akan terus mempunyai pakar-pakar industri dari JD Power di kawasan tersebut dan akan digunakan bila perlu," ujarnya di dalam surat yang dihantar kepada pelanggan-pelanggan mereka.

JD Power terkenal dengan kaji selidik berkaitan kepuasan pelanggan dan ia sebenarnya bukan hanya wujud di dalam industri automotif. Namun begitu kerana perhubungan akrab ia dengan Lexus, JD Power sangat popular di kalangan pengguna automotif.

* Artikel berdasarkan laporan dari laman web Wapcar.my

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah infrastuktur pengecasan itu sendiri. Hal…
Berita Domestik
  Faktor-faktor tersebut mengikut urutan keutamaan adalah:    i.   khidmat nasihat pengedar (26…
Informasi
  Oleh kerana pengeluar kereta telah melabur berbilion-bilion dalam kenderaan autonomi yang akan…