J.D. Power IQS China 2018: Kualiti bau pada kereta baharu meningkat!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama masyarakat di China mengadu masalah berkenaan bau kenderaan baharu yang mengganggu fikiran, akhirnya mereka boleh menarik nafas lega apabila aspek tersebut semakin bertambah baik, menurut laporan J.D. Power 2018 China Initial Quality Study (IQS).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kajian yang kini memasuki tahun ke-19 itu memeriksa kualiti kenderaan baharu yang kemudiannya dipecahkan kepada lapan aspek utama sebelum markah diberikan berdasarkan masalah yang dilaporkan per 100 kenderaan (PP100) - skor yang rendah menunjukkan kualiti yang tinggi.

Tidak mengejutkan apabila kualiti industri pada tahun 2018 didapati menurun (107 PP100) berbanding skor tahun 2017 iaitu 105 PP100 dan antara penyebab utama penurunan kualiti ini adalah disebabkan masalah rekaan di dalam beberapa aspek seperti: 

  • sistem navigasi yang tidak tepat
  • cermin utama cepat berkabus/sukar untuk menghilangkan kabus
  • masalah pairing Bluetooth kepada peranti pintar
  • sistem audio yang tidak mesra pengguna
  • ciri pengecaman suara yang tidak mampu memahami bahasa pengguna

 


Menurut Jacob George, Naib Presiden dan Pengurus Besar J.D. Power Asia Pasific menambah, "sudah dapat dijangka dengan penambahan peranti pintar kepada kenderaan masa kini, masalah rekaan akan menjadi lebih kritikal dan ini akan memberikan kesan kepada kegunaan kereta itu sendiri."

Berikut merupakan ringkasan daripada laporan J.D. Power China Initial Quality Study 2018.

  • terdapat peningkatan dalam beberapa aspek seperti bau kenderaan baharu yang tidak menyenangkan (4.8 PP100), bunyi bising jalan (3.6 PP100), kehilangan kuasa enjin ketika menggunakan pendingin hawa (2.7 PP100), bunyi bising angin yang keterlaluan (2 PP100) dan penggunaan bahan api yang tinggi (1.9 PP100).
  • kenderaan tenaga baharu (new-energy) lebih mendatangkan masalah berbanding kereta tradisional (141 PP100 vs 105 PP100)
     
  • antara yang menyebabkan jurang antara kedua-dua jenis kenderaan tersebut adalah disebabkan sistem pendingin hawa yang gagal berfungsi, kehilangan kuasa enjin ketika sistem air-cond digunakan, dan tempat duduk yang mudah kotor.
  • jurang kualiti antara kenderaan jenama China dan jenama antarabangsa kini mula melebar, selepas tujuh tahun.
     

 

  • daripada tahun 2011-2017, kualiti didapati meningkat daripada 101 kepada 13 PP100, namun ia didapati merosot pada tahun ini (naik 15 PP100), dan antara punca penyebab kenaikan jurang ini adalah disebabkan HVAC (heating/ventilation/air-conditioning), masalah luaran serta enjin dan transmisi.
  • Di China sahaja, kini terdapat peningkatan sebanyak 13 buah jenama automotif berbanding tahun lalu, dengan jumlah model baharu meningkat sebanyak 34 buah berbanding tahun 2017.
     
  • Porsche dinobatkan sebagai jenama paling berkualiti di antara jenama premium untuk lima tahun berturut-turut (69 PP100). 
  • GAC Trumpchy menduduki tempat pertama antara jenama domestik di China untuk enam tahun berturut-turut. 
     

 Anda boleh merujuk kepada carta di bawah untuk laporan yang lebih teliti.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dapatan kajian menunjukkan purata industri ialah 186 PP100 dan lebih baik berbanding 2022…
Berita Global
Namun berdasarkan kajian terbaharu Vehicle Dependability Study 2022 oleh J.D. Power, ia kini…
Berita Global
Kajian yang memasuki tahun ke-32 itu mengukur bilangan masalah yang dihadapi untuk setiap 100 unit…