JCB Fastrac traktor paling pantas di dunia - 167 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cubaan mencatatkan rekod kelajuan tertinggi menggunakan kenderaan yang aneh bukanlah satu perkara yang aneh, Honda telah berjaya melakukannya menerusi penggunaan mesin rumput. 

Kali ini, cubaan untuk mencatatkan kelajuan tertinggi sekali lagi diadakan, dan anda mungkin tidak percaya kenderaan yang digunakan -  sebuah traktor jenama JCB (bukan JC Benney). 

Dengan bantuan daripada insan yang terkenal di Isle of Man TT, Guy Martin berjaya mencatatkan rekod kelajuan tertinggi sekitar 167 km/j di Elvington Airfield, UK. 

Traktor JCB Fastrac itu dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris DieselMax 7.2 liter yang mampu menjana 1,000 kuasa kuda dan daya kilas sebesar dinosaur 2,440 Nm. 
 


Menariknya, traktor pantas ini turut menerima khidmat nasihat daripada Williams Advanced Engineering bagi membantu meningkatkan tahap aerodinamik ketika cubaan dilakukan. 

Kejayaan ini sekaligus memadamkan rekod Guinness yang pernah diperoleh The Stig pada tahun lalu apabila beliau memandu sebuah Track-tor dengan enjin 5.7 liter dan kelajuan tertinggi 140 km per jam. 

Buat para pekerja di ladang, anda mungkin boleh tunjukkan artikel ini kepada bos anda supaya memperkenankan pembelian traktor baharu untuk kerja-kerja yang lebih cepat, pantas dan berkesan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan penghasilan teknologi ini, ianya mampu menjadi alternatif untuk mencapai sasaran dunia…
Berita Global
Namun, tindakan yang diambil amatlah lembab ya amat sehinggakan seorang Menteri terjatuh baharulah…
Berita Global
Lima kali lebih senyap dari jentera korek diesel, ia di caj penuh dalam masa dua jam dan boleh…