JCB Fastrac 8000 catat kelajuan terpantas - 217.57 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, traktor JCB Fastrac 8000 telah berjaya memecahkan rekod sebagai traktor terpantas di dunia dengan catatan kelajuan 167 km/j di Elvington Airfield, Yorkshire.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Namun, kelajuan tersebut sebenarnya tidak mampu memuaskan hati pemandunya, Guy Martin.

Jadi, pada 23 Oktober yang lalu, mereka sekali lagi turun ke lokasi yang sama (Elvington) untuk memecahkan rekod terdahulu dan Martin berjaya mencatatkan kelajuan purata 217.57 km/j dengan kelajuan tertinggi 247.35 km per jam!

Kelajuan purata tersebut dikira oleh Guinness World Book of Record memandangkan terdapat perbezaan kondisi antara ujian yang dijalankan seperti kecerunan dan juga kelajuan angin. 

Ketepikan faktor tersebut kerana traktor JCB 8000 itu sebenarnya telah memecahkan rekod sendiri hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.
 



Enjin yang digunakan pada traktor ini merupakan enjin diesel 7.2 liter yang dimodifikasikan bagi menghamburkan kira-kira 1,000 kuasa kuda dan daya kilas 2,500 Nm. 

Kotak gear CVT (ya, traktor pakai CVT!) asal telah digantikan dengan sistem transmisi enam nisbah kelajuan yang lebih kecil dan ringan. 

Disebabkan fizikal traktor yang tidak mengambil kira soal aerodinamik, kabin yang lebih mesra angin telah dipasang. 

Menurut Guy Martin, beliau menyifatkan traktor ini "luar memang traktor, dalam tak macam traktor!"