JBPM ambil lebih 12 jam padam kebakaran longgokan tayar

oleh SALINA JALIL|
Hari Ahad lalu tular gambar-gambar kebakaran yang tidak dapat dipastikan samada ia adalah pembakaran arang atau bahan bakar yang lain kerana tiada penjelasan yang lengkap.


Harian Metro melaporkan bahan yang terbakar tersebut merupakan longgakan sisa tayar yang terkumpul dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang berusaha memadam kebakaran tersebut di Kampung Sawah dekat jeti Pulau Carey sejak hari Sabtu lalu dan diteruskan sehingga hari Ahad di mana membabitkan 15 peratus daripada keseluruhan kawasan terjejas.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menumpu kepada pemadaman sisa tayar di kawasan berkeluasan 40,000 kaki persegi itu.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Operasi pemadaman juga dibantu oleh empat jengkaut (excavator)," katanya dalam kenyataan pada hari Ahad.

 

JBPM menerima panggilan berlaku kebakaran di tapak longgokan tayar itu pada 4.06 petang Sabtu, dengan anggota dikerah ke lokasi membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang, BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan BBP Sungai Pinang.

 

Pembakaran terbuka 2,000 metrik tan tayar di sebuah jeti di Telok Panglima Garang menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk berhampiran dari segi bau dan habuk.

 

bakar tayar

 

Keadaan itu seterusnya turut menyebabkan terdapat sebilangan daripada mereka berasa sesak nafas.

 

Seorang penduduk berhampiran premis tersebut, Mohd.Hizwan Abdul Talib, 40, berkata, pembakaran tayar itu adalah kali pertama berlaku selepas lebih 10 tahun premis itu beroperasi di kawasan tersebut.

 

Katanya, sebelum ini penduduk sekitar turut diancam perkara sama apabila pembakaran tayar terbuka dilakukan oleh premis lain.

 

“Memang terasa sesak nafas dan bahang kebakaran boleh dirasai dari rumah walaupun jarak rumah kami kira-kira 100 meter.

 

“Saya dan isteri bersama dua anak berusia 12 dan 13 tahun menutup semua pintu dan tingkap rumah bagi mengelak pencemarannya,” katanya ketika ditemui.

 

Sehingga hari Isnin, kesan kebakaran masih belum dipadamkan sepenuhnya dan asap hitam masih boleh dilihat naik ke udara.

 

Jabatan Alam Sekitar sila ambil perhatian dan tindakan. Pencemaran udara ini bukan sahaja melibatkan kesihatan orang ramai tetapi kehidupan haiwan liar di kawasan tersebut!

 

Harian Metro/Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Tayar BluEarth-XT AE61 merupakan tayar musim panas yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada SUV…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Berita Global
Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan…