Jazz Johor enjin K24 2.4L!

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda Jazz memulakan sejarahnya di Malaysia dengan pelancaran model GD generasi pertama pada tahun 2003.

Pada masa itu, dua varian diperkenalkan - Jazz i-DSi dan Jazz V-TEC, keduanya menggunakan enjin 1.5L. Harga pula antara RM93,000 dan RM102,000.

Model Jazz terus menjadi popular dan ia dianggap sebagai sebuah kenderaan khusus untuk eksekutif muda atau "yuppies".
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi kedua muncul dan Honda Malaysia sudah mula memasangnya di dalam negara dan dengan insentif-insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan, harga Jazz turun dengan banyaknya.

Begitu juga dengan model Jazz GK terkini yang mempunyai harga yang menarik, lantas menjadi model paling mampu milik untuk Honda di Malaysia.

 

 

Jazz juga menjadi pilihan wanita dan lelaki - wanita kerana ia cantik dan praktikal serta selesa, sementara untuk kaum Adam pula, Jazz GK menawarkan platform yang seronok dipandu dan juga peluang modifikasi yang banyak.

Itulah apa yang dilakukan oleh Adam Md Khalid dari Pasir Gudang.

Anak kelahiran Kulai, Johor ini membeli Jazz beliau dalam tahun 2016. 

Selepas puas menggunakan Honda tersebut, Adam yakin prestasi enjin perlu ditingkatkan agar beliau mampu menggunakan potensi dari platform Jazz itu.

 

 

Apa yang dilakukan oleh Adam ialah apa yang telah ramai dilakukan oleh peminat Honda Jazz di seluruh dunia - membuang enjin L15A itu dan menggantikannya dengan enjin 2.4L K24.

Cukup panjang senarai modifikasi yang dilakukan oleh beliau dan anggaran kuasa kuda yang dihasilkan dari Jazz merah beliau sudah mencapai 285 hp (menurut ujian Dyno Jet).

Di bawah ialah senarai apa yang telah dilakukan kepada Jazz ini dan ia ditulis sendiri oleh Adam.

 

 

Enjin, transmisi, ekzos dan sistem gantungan

  • Blok enjin K24
  • Kepala blok ditukar kepada kepala  blok dari Civic FD2R dan dilakukan proses port & polish
  • Aci atau Cam dari Skunk2 Stage 3
  • Spring injap dan "retainer" dari Supertech
  • Injap Supertech
  • Pam minyak pelincir dari Civic FD2R
  • Piston Supertech
  • Rod dari CP-Carillo
  • Bearing dari Kings
  • Lotak gear dari Honda Integra DC5R
  • LSD dari Wavetrac
  • Klac dari OS Giken Siri STR
  • Penhyuntik bahan api dari Grams (550cc)
  • Fuel rail dari K Tuned
  • Intake manifold RRC
  • Throttle body S90 (74mm)
  • Air intake dari Skunk2
  • Engine Managment System dari Hondata K-Pro
  • Header dan paip ekzos custom dari Tips Exhaust
  • Peredam atau mufler dari K Tuned
  • Brek dari AP RAcing (Pro 5000R)
  • Roda aloi CE28
  • Tayar Toyo Proxes R888R 195/50 R 16
  • Sistem gantungan custom dari F-Tuned

 

 

Untuk bahagian luaran pula

  • Lampu projektor GP5
  • Lampu belakang GP5
  • GT Wing
  • Diffuser
  • Lips depan

 

 

Bahagian dalam kabin

  • Tempat duduk Recaro SR6
  • Railing jenama Bride
  • Paparan info dari Defi
  • Stereng jenama Personal 
  • Butang horn dari NSX
  • Sistem quick release stereng dari Works Bell
  • Tuil gear KTuned
  • Karpet Hot Field

 

 

Adam yang juga dikenali sebagai Panjang JB ini menggunakan bengkel Boost Zone Motorsport untuk kerja-kerja modifikasi tersebut. 

Beliau juga mendapat tajaan dari Sin Hin Tyre dan xian Fong Service.

Mungkin nama Jazz sudah tidak sesuai lagi kerana dari apa yang telah dilakukan oleh Adam, ini sudah lebih dari heavy metal!

 

* Gambar dan info dari Shah Adam

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…