Jazz Hybrid menang anugerah Car Of The Year anjuran MAI

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anugerah Malaysia Car Of The Year 2017 oleh Malaysia Automotive Institute, sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)kali ini menyaksikan Honda Jazz Hybrid sebagai pemenang keseluruhan anugerah tahunan tersebut.

Anugerah Car Of The Year (COTY) yang ke-16 ini menyaksikan lebih dari 300 model kenderaan yang dihakimi oleh panel juri yang terdiri dari pelbagai profesion seperti doktor, dekan universiti, pegawai professional dan wartawan.

Memandangkan minat yang semakin meluas oleh pengguna Malaysia akan kenderaan hibrid, COTY kali ini juga melihat buat pertama kali kategori-kategori khusus untuk kenderaan hibrid. 

Lebih kurang 19 model hibrid telah dihakimi. Malaysia ialah negara Asean yang mempunyai jumlah model kenderaan hibrid tertinggi di dalam pasaran. Ia selaras dengan konsep Kenderaan Cekat Tenaga atau EEV yang dipromosikan oleh kerajaan.

Di bawah ialah senarai lengkap pemenang kategori-kategori di dalam COTY 2017.

Pemenang keseluruhan COTY 2017
Honda Jazz Hybrid

Anugerah Good Design 2017
Volvo XC90 T8 Twin Engine

Anugerah Plug-In Hybrid Of The Year 2017
Volvo XC90 T8 Twin Engine

Anugerah Kereta Hybrid Terbaik 2017
Hyundai Ioniq Hybrid 1.6

Anugerah Model Paling Tinggi Di Eksport
Mazda CX-5

Anugerah Pembaikan NVH (Kadar Senyap, Gegeran dan Kekasaran)
Proton Iriz

Anugerah Sustainable Mobility
Kumpulan Tan Chong

Kategori Sedan dan Hatchback
Kategori di bawah RM50,000 - Perodua Bezza 1.0
Kategori RM50,001 - RM60,000 - Perodua Myvi 1.5L
Kategori RM60,001 - RM100,000 - Honda Jazz Hybrid
Kategori RM100,001 - RM130,000 - Hyundai Ioniq Hybrid
Kategori RM130,001 - RM160,000 - Honda Civic 1.5 TC-P
Kategori RM160,001 - RM200,000 - Toyota Camry Hybrid 2.5
Kategori RM200,001 - RM250,000 - BMW 330e
Kategori RM250,001 - RM300,000 - Mercedes-Benz C350e
Kategori RM300,001 - RM400,000 - Mercedes-Benz E250
Kategori RM400,001 - RM500,000 - Mercedes-Benz E300
Kategori atas RM500,001 - Mercedes-Benz S400h

Kategori SUV dan Crossover
Kategori bawah RM130,000 - Honda HR-V 1.8L
Kategori RM130,001 - RM160,000 - Honda CR-V 1.5 TC 2WD
Kategori RM160,001 - RM200,000 - Kia Sorento 2.2 CRDi
Kategori RM200,001 - RM300,000 - BMW X1 sDrive 20i
Kategori RM300,001 - RM400,000 - Mercedes-Benz GLC 250 4MATIC AMG
Kategori RM400,001 - RM500,000 - Volvo XC90 T8 Twin Engine
Kategori RM500,001 - RM700,000 - Jaguar F-Pace Prestige

Kategori MPV
Kategori bawah RM100,000 - Honda BR-V 1.5
Kategori RM100,001 - RM160,000 - Toyota Innova
Kategori atas RM160,001 - Kia Grand Carnival 2.2 CRDi

Kategori Trak Pikap
Kategeori bawah RM120,000 - Toyota Hilux Double-Cab 2.4G 4X4
Kategori atas RM120,000 - Toyota Hilux Double-Cab 2.8G 4X4

Kategori Coupe and Cabriolet
Kategori bawah RM350,000 - Subaru BRZ 2.0 RWD
Kategori RM350,001 - RM550,000 - BMW M2 Coupe
Kategori atas RM550,001 - Porsche 911 Carrera 4S


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…