Jazz baharu lebih bulat

oleh HEZERI SAMSURI|
Laman web Motor1.com telah memaparkan gambar-gambar risikan terbaharu model Jazz dari Honda sedang diuji di Eropah.

Bentuknya kini kian terserlah dan ia membuktikan bahawa Honda semakin meninggalkan bentuk asal Jazz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari generasi pertama Jazz yang kompak dan bersegi kepada model sekarang, sudah nampak perubahan dari segi rekabentuk yang semakin "membesar".

Model dari gambar risikan ini menunjukan proses tumbesaran itu semakin nyata dan nampak makin kurang sporty.

 

 

Namun begitu, lampu hadapan menjanjikan permainan LED yang lebih garang dari jenama H ini. 

Berita-berita tidak rasmi yang diterima dari Jepun kuat mengatakan Jazz akan muncul dengan enjin tiga-silinder 1.0L turbo dan sebuah varian hibrid.

Kongsikan pendapat anda tentang bentuk Jazz baharu ini.

* Berita asal dari Motor1.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…