Jazz atau City Hatchback? Honda Indonesia masih tiada kata putus

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Honda Jazz telah pun dilancarkan penghujung tahun lalu di peringkat global, terdapat berita yang kurang enak timbul di mana model tersebut sebenarnya tidak disasarkan untuk pasaran bukan utama.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran nama 'City Hatchback' yang dikhabarkan bakal menggantikan peranan Jazz/Fit di pasaran ASEAN. 

Malah, di Malaysia juga telah pun wujud daftar nama City Hatchback di dalam MyIPO seperti yang kami telah laporkan sebelum ini. 

Rakan media dari negara jiran, Autonetmagz baru-baru ini telah mengajukan pertanyaan kepada pihak PT Honda Prospect Motor berkenaan kehadiran hatchback segmen B itu untuk pasaran Indonesia. 

Berdasarkan respon yang diterima, pihak PT Honda Prospect Motor juga dilihat keberatan untuk membawa masuk model tersebut, apatah lagi Honda Jazz sebelum ini lebih dikenali sebagai sebuah hatchback yang sporty. 
 


Rupa paras Jazz/Fit yang comel itu nampaknya lebih cocok dengan pasaran Jepun dan ini merupakan antara aspek yang masih dalam pertimbangan pihak PHM.

Namun, jawapan yang paling muktamad, mereka sendiri masih belum memutuskan sama ada untuk membawa masuk Jazz atau City Hatchback ke pasaran Indonesia. 

Ketika ini, masih tiada sebarang tanda-tanda kedua-dua model generasi baharu Jazz (atau lebih tepat City hatchback?) dan City sedan akan hadir ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat. 

Sumber gambar: Theophilus Chin
Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…
Berita Global
Ujarnya yang dikenali sebagai Ummu Hani itu lagi, banyak implikasi buruk berlaku sekiranya jalan…
Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…