Beg udara tengah hadapan tersebut dipasang di bahagian belakang tempat duduk pemandu dan apabila diaktifkan ia akan meletus di ruang antara pemandu dan juga penumpang hadapan.
Dalam keadaan kecemasan, beg udara ini dilihat mampu mengurangkan impak kesan pelanggaran sisi antara kedua-dua pemandu dan penumpang.
Malah, Honda juga menggunakan pendekatan terbaharu yang menggandingkan beg udara tengah hadapan dengan pre-tensioner tali pinggang keledar bagi mengurangkan pergerakan lateral.
Ini sekaligus mengurangkan kadar kecederaan kepada kepala penumpang sehingga 98 peratus.
Untuk penumpang belakang pula, Honda Jazz didatangkan dengan beg udara struktur berkembar yang mampu melindungi impak daripada pintu dan tiang C, dan fungsi ini mampu dipasang tanpa mengorbankan fungsi 'magic seat' sedia ada.
Melengkapkan ciri keselamatan pada Honda Jazz 2020 ini termasuklah Honda Sensing yang didatangkan sebagai ciri standard merangkumi beberapa komponen seperti Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran, Kawalan Pelayaran Adaptif, Bantuan Kekal Laluan, Sistem Pengecaman Papan Tanda, Suluhan Tinggi Automatik dan sebagainya.
Buat pertama kalinya, Honda Jazz ditawarkan dalam varian Hybrid khusus untuk pasaran Eropah dengan nadi 1.5 liter yang menghasilkan 107 hp dan 253 Nm, serta bacaan penggunaan bahan api serendah 4.5 liter/100 km.