Jazeman tampil dengan McLaren GT hari ini

oleh Careta.my|
Jazeman
Jazeman
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahap kerjaya Jazeman Jaafar yang baharu bermula hari ini Ahad 23 April 2017 di Monza, Itali, apabila pemandu perlumbaan muda Malaysia ini akan membuat penampilan sulungnya sebagai pemandu McLaren Academy dengan McLaren GT di litar lagenda Autodromo di Monza. Jazeman akan memandu kereta McLaren 650S GT3 untuk Strakka Racing, bergandingan dengan pemandu British Dean Stoneman dan Andrew Watson, untuk pusingan pertama 2017 Blancpain Endurance Series di litar F1 Itali. Lebih 50 kereta akan bertanding dalam acara pembukaan kejohanan enam pusingan kejohanan ini, dalam perlumbaan tiga jam yang menampilkan 11 kereta dari pengeluar yang berbeza. Jazeman memasuki tahun keduanya bersaing dalam Blancpain Endurance Series. Pemandu berbakat tersebut menduduki tempat kedua dalam kejohanan itu tahun lepas dengan memandu Mercedes AMG GT3 bagi  HTP Motorsport. Beliau mempunyai banyak pengalaman di litar Monza setelah beraksi dalam siri ini tahun lepas, di mana kereta HTP Motorsport #84 berada pada petak pertama dan tamat di tempat kedua. Beliau kerap berlumba di litar ini dalam Formula Siri 3.5 dan F3 British sebelum itu. Best Driver of the Year (4 Wheels) :Jazeman Jaafar Permulaan musim perlumbaan 2017 bagi Jazeman ini amat mengujanya. "Saya terpaksa sabar menunggu untuk permulaan perlumbaan saya tahun ini, jadi saya sangat bersedia untuk kembali beraksi dengan grid penuh kereta. Saya telah meluangkan masa dalam kereta McLaren dan benar-benar memahami ciri-ciriya agar dapat memaksimumkan prestasinya." Aksi Blancpain GT Series bermula semalam untuk Jazeman, dengan latihan bebas dan sesi pra-kelayakan sesi.  Perlumbaan ini boleh disaksikan secara langsung hari ini (14:45 waktu CEST atau 20:30 (8:30 malam) waktu Malaysia) di laman web siri ini, www.blancpain-gt-series.com dan sorotan perlumbaan akan disiarkan di Fox Sports 3 di Malaysia.