JAWATAN KOSONG: Peluang bekerja dengan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS sebagai Trackside Fluid Engineer

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat anda yang sedang mencari pekerjaan, atau ingin berkhidmat bersama Petronas.

Petronas melalui subsidiari penuh Petronas Lubricants International (PLI) hari ini mengumumkan pencarian orang perseorangan bagi jawatan Trackside Fluid Engineer secara global bertujuan untuk memberikan sokongan secara teknikal pasukan juara empat kali FIA Formula One iaitu Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Untuk pertama kalinya, PLI diberikan peluang keemasan untuk menghantar wakil perseorangan daripada barisan jurutera mereka ke seluruh dunia menjadi sebahagian daripada pakar teknikal disebalik pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport. 

Menurut CEO Kumpulan PLI, Giuseppe D'Arrigo menjelaskan mereka amat berbesar hati mengumumkan pencarian bagi mereka yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman bekerja disamping menyumbang kepada kemenangan pasukan terkemuka F1 itu. 
 


PETRONAS sebelum ini pernah menghantar barisan jurutera ke dalam pasukan lumba F1 tersebut sejak menjalinkan hubungan dengan Mercedes F1 tahun 2010.

Mereka beroperasi di dalam makmal yang khusus menjalankan ujikaji terhadap minyak pelincir yang digunakan di dalam perlumbaan F1 seperti PETRONAS Primax Fuel, PETRONAS Syntium Lubricant dan PETRONAS Tutela Functional Fluids di samping memberikan analisis data secara masa nyata kepada pasukan tersebut.

 

Pencarian bagi jawatan Trackside Fluid Engineer ini terbuka kepada mereka yang berminat dengan kriteria-kriteria berikut:

  • Minimum Ijazah Sarjana Muda di dalam Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Kimia atau Kejuruteraan Automotif (atau setara dengannya), Kimia, Fizik atau bidang yang berkaitan
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang yang berkaitan
  • Berpengetahuan di dalam teknik analitikal kimia
  • Berpengetahuan di dalam pelincir (enjin dan kotak gear) serta teknologi bahan api
  • Skil komunikasi yang meluas serta atitud yang positif di dalam kerja berpasukan
  • Semangat motivasi yang tinggi serta keinginan untuk mempromosikan PETRONAS dan pasukan F1 kepada tetamu dan rakan kongsi
  • Mampu bertutur dengan baik di dalam bahasa Inggeris

Calon yang berminat boleh melayari laman rasmi LinkedIn PETRONAS Lubricants International atau menghantar permohonan dan resume kepada [email protected]

Permohonan jawatan ini dibuka sekarang sehingga tarikh tutup permohonan pada 7 Oktober 2018

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters yang memetik sumber yang rapat dengan isu tersebut (dan enggan…