Jawatan kosong: ketua unit rekaan Tesla China, mampu hasilkan EV yang mesra pengguna China

oleh Mohamad Hanif|
Di China, Tesla sedang mencari seorang individu yang berkelayakan untuk mengetuai sebuah studio rekaan yang akan dibina di Shanghai atau Beijing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters yang memetik sumber yang rapat dengan isu tersebut (dan enggan dikenali), Tesla dikatakan mahu menghasilkan sebuah rekaan khusus untuk memenuhi citarasa pengguna di sana.

Antara syarat utama yang diperlukan adalah calon yang mempunyai pengalaman bekerja selama 20 tahun atau lebih, yang arif dengan kehendak pengguna di China serta mampu menghubungkan jurang yang terbina antara China dan Amerika Syarikat.

Menurut sumber itu lagi, beberapa calon telah pun ditemuduga oleh ketua unit rekaan global Franz von Holzhausen sebelum ini, dan Tesla juga dikatakan sedang menunggu perkembangan hubungan antara US-China di bawah pimpinan presiden baharu sebelum membuat keputusan selanjutnya.

China sehingga kini merupakan pasaran automotif terbesar di dunia, dan juga merupakan pasaran terbesar bagi kenderaan elektrik di mana angka jualan dijangka mampu mencecah 1.5 juta kenderaan pada tahun ini.

Selain daripada itu, ia juga merupakan pasaran kedua terpenting bagi pengeluar Tesla selepas Amerika Syarikat.

Langkah untuk mencari bakat tempatan ini amat bertepatan dengan komen yang dikeluarkan oleh CEO Tesla, Elon Musk pada tahun lalu.

"Saya fikir ia merupakan satu perkara yang cukup menarik untuk mencipta sebuah rekaan China, dan membangunkan sebuah pusat kejuruteraan yang mampu mereka sebuah kereta 'China' untuk kegunaan dunia," ujar beliau ketika berada di Shanghai.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…