Jawa Perak dilancar di India

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Classic Legends, anak syarikat Mahindra & Mahindra telah melancarkan kembali jenama klasik lama, Jawa.

Jawa ialah sebuah syarikat motosikal yang bermula di Prague,  Czechoslovakia dalam tahun 1929.  Ia kemudian berkembang namun malap selepas perang dunia kedua. 

Syarikat itu hanya beroperasi secara kecil-kecilan di beberapa negara termasuk India. Antara model popular ialah Jawa 650 Classic, Jawa 650 Style dan Jawa 650 Dakar yang menggunakan enjin Rotax 650 cc.

Dalam tahun 2016, Jawa Moto memberikan lesen kepada Classic Legends untuk melancarkan motosikal di bawah nama Jawa untuk pasaran India dan Asia Timur yang lain.

 

 

Khamis lalu, ia melancarkan tiga buah model - Jawa, Jawa Forty Two dan Jawa Perak.

Jawa dan Jawa Forty Two menggunakan enjin satu silinder 293 cc sejukan cecair dan mampu menghasilkan 27 hp dan daya kilas 28 Nm.

Jawa Perak pula ialah varian premium yang menggunakan enjin satu silinder DOHC sejukan cecair dengan kapasiti sebesar 334 cc. Perak menendang keluar 30 hp dan 31 Nm. 

 

jawa perak



Model Perak memang adalah satu model lama Jawa dan ia sering dilihat sebagai model premium jenama tersebut.  Jawa Perak yang pertama muncul dalam tahun 1946 semasa acara Pameran Motosikal Paris. 

Ia datang dengan enjin 250 cc dan spring belakang untuk keselesaan penunggangnya. Model itu menerima anugerah emas semasa di Paris dan ia dipanggil Perak kerana ia bermaksud "spring" di dalam bahasa Czech.

Jawa Perak yang dilancarkan ini ialah sebuah motosikal bobber yang paling mampu milik - cuma RM11,000. 

 

 

Seteru utama Jawa untuk pasaran India ialah model-model dari Royal Enfield dan kerana itu julat harga kedua-dua jenama ini hampir sama.

Harga Jawa ini bermula dari serendah RM9,045 di India. Mungkin DRB-Hicom yang juga pengedar Mahindra di Malaysia akan membawa masuk Jawa ini bagi tujuan "rebadge" di bawah jenama motosikal nombor satu dunia, Modenas. 

Cuma jangan letak nama Jawa Perak sahaja kerana mereka dari komuniti Jawa di Selangor dan yang asli di Muar pasti akan terasa terpinggir. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada itu, syarikat Jawa itu juga turut memperlihatkan motosikal bobber kustom yang…