Jatuh dari tangga pesawat, penumpang wanita maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Seorang penumpang wanita maut setelah terjatuh dari tangga ketika keluar dari sebuah pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah, Arab Saudi.

Menerusi kenyataan di platform X, Pusat Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) memaklumkan kejadian itu melibatkan pesawat LNI074 kendalian Lion Air A330 pada Selasa.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

"Mangsa menghembuskan nafas terakhir selepas dipindahkan ke hospital," ujar NTSC.

Menurutnya, siasatan lanjut telah dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian tersebut selain bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan. 

Sinar Harian