Jaringan keretapi laju China kini menyamai jarak garis Khatulistiwa

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: CNN
China kini mempunyai jaringan rel berkelajuan tertinggi yang mampu menyamai jarak garis Khatulistiwa, iaitu sekitar 40,000 km setelah jaringan yang menghubungkan antara Anqing di Wilayah Anhui dengan Jiujang di Wilayah Jiangxi siap dan beroperasi sepenuhnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jaringan rel terbaharu itu direka untuk keretapi berkelajuan sehingga 350 km/j dengan jumlah jarak sejauh 176 km dan merupakan sebahagian daripada jaringan keretapi berkelajuan tinggi yang mengubungkan antara Beijing dan juga Hong Kong.

Dibina oleh China Tiesiju Civil Engineering Group, ia dilihat mampu memendekkan jarak perjalanan biasa dari Nanchang (Jiangxi) ke Hefei (Anhui) kepada tempoh dua jam sahaja.

Menurut seorang professor di Shanghai Tongji University, Sun Zhang memberitahu Global Times, China perlu untuk meningkatkan kadar penggunaan rel berkelajuan tinggi bagi mengurangkan kos logistik am dan mencapai sasaran pengurangan emisi karbon yang telah ditetapkan.

Sumber: Global Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Pemandu pengangkutan awam yang berumur 36 tahun itu pergi ke tandas selama kira-kira tiga minit…
Berita Global
Difahamkan, Projek Kereta Cepat Indonesia (KCID) yang sedang dalam fasa pembangunan ini bakal…
Berita Domestik
Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, negara tersebut…