Japan Airlines mahu cebur bidang kereta terbang 2025

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penerbangan Jepun, Japan Airlines merupakan antara pihak terbaharu yang bakal menceburi perniagaan kereta terbang pada tahun 2025.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Nikkei Asia, syarikat penerbangan itu akan memulakan perkhidmatan membawa penumpang yang menghubungkan lapangan terbang ke destinasi pelancongan di Wilayah Mie.

Tambah laporan itu lagi, JAL akan menggunakan khidmat dron eVTOL (elektric vertical takeoff and landing) daripada Volocopter yang mampu terbang sepantas 110 km/j dengan jarak operasi sejauh 35 km.

Baru-baru ini, JAL dilaporkan telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Wilayah Mie untuk mengendalikan ujian penerbangan komersial perkhidmatan yang disebutkan itu tadi.

Selain daripada JAL, pesaingnya ANA Holdings juga dilaporkan turut mempertimbangkan perkhidmatan yang serupa bermula tahun 2025.

Tidak seperti kapal terbang, kereta terbang (dron) tidak memerlukan landasan untuk berlepas dan mendarat, dan penggunaan kenderaan ini dijangka mampu mengurangkan kesesakan di kawasan bandar-bandar besar.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia adalah susulan kepada langkah penggantungan sementara yang dibuat pada Februari lalu berikutan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Japan Today, syarikat ANA mengoperasikan 19 pesawat jenis yang sama,…
Berita Domestik
Antara yang disenaraikan termasuklah Air France-KLM yang berminat untuk memegang sehingga 49…