Januari ke 19 Julai - Statistik kes kemalangan maut dan kematian meningkat di Pahang

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Sinar Harian
Pahang merekodkan sebanyak 11,951 kes kemalangan dalam tempoh Januari hingga 19 Julai tahun ini sekali gus meningkat sebanyak 54 peratus berbanding 7,759 kes dalam tempoh sama tahun lalu.


Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lebih membimbangkan apabila kes kemalangan maut turut meningkat sebanyak 57 kes atau 36.5 peratus dengan 247 kematian berbanding 156 kes kemalangan maut dengan 168 kematian dalam tempoh yang sama tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Hasil tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, sebanyak 170,747 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan tahun ini dengan nilai kompaun RM2.3 juta.


"Bagi tempoh sama tahun lalu, sebanyak 136,482 saman telah dikeluarkan melibatkan nilai kompaun RM4.9 juta," katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Pahang di Kem Bukit Galing,Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini pada Rabu.

 

Ramli berkata, polis kontinjen Pahang akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kes kemalangan di negeri ini melalui tindakan penguatkuasaan selain meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pemanduan yang lebih berhemah.

 

"Selain itu, kita juga akan memberi perhatian terhadap isu mat rempit bagi mengelak tragedi seperti yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini yang telah mengorbankan lima nyawa.

 

"Kegiatan itu turut berlaku di negeri ini terutama di Kuantan di mana beberapa lokasi telah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan golongan itu beraksi," katanya.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…
Berita Domestik
Mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, meninggal dunia kira-kira pukul 12.37 pagi ketika menerima…