Jangka hayat pek bateri BMW tahan sehingga 15 tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Antara kerisauan para pembeli kereta elektrik ialah sejauh mana ketahanan pek bateri utama yang dimuatkan ke dalam kereta itu sebelum ia mencapai penghujung hayat sebenar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menjawab kepada persoalan tersebut, Ketua unit pembangunan bateri BMW, Andreas Raith berkata, kesemua pek bateri lithium-ion yang dibangunkan untuk EV dan plug-in hybrid (PHEV) adalah direka untuk bertahan selama 15 tahun dan ke atas. 

Tambah beliau lagi ketika ditemubual oleh CarAdvice, langkah konservatif yang diambil oleh BMW semasa pembangunan bateri tersebut membolehkan ia kekal untuk mencapai 70% daripada kapasiti bateri selepas penggunaan selama 15 tahun. 
 


Data lapangan yang dicapai menerusi ujian masa sebenar tersebut dilihat lebih baik berbanding jangkaan yang dibuat semasa fasa awal R&D. 

"Ia bukan sekadar ayat kenyataan untuk melariskan jualan, oleh kerana bateri (yang dibangunkan) direka untuk mencapai jangka hayat yang serupa dengan jangka hayat kenderaan itu sendiri.

"Dari segi ketahanan, BMW menjamin ia mempunyai prestasi yang tidak kurang hebatnya berbanding enjin pembakaran dalaman," ujar Andreas lagi. 

Selepas usia 15 tahun, beliau mengakui kapasiti kuasa dan keberkesanan bateri akan menurun selari dengan jangka hayatnya, namun bateri tersebut akan terus berfungsi dengan baik, dan sesetengah daripada pengguna akan menukarkannya kepada yang baharu. 
 


Bateri yang ditukar akan terus digunakan untuk aplikasi skala industri manakala sesetengah daripadanya akan menghantar bateri tersebut kepada pusat kitar semula. 

Tidak seperti bateri peranti pintar, bateri kereta elektrik lebih mudah untuk dikitar semula oleh kerana ia terdiri daripada bahan seperti lithium, nikel dan kuprum sahaja, dan tiada kandungan toksik.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…