Jangan sentuh jika komponen roket canggih China terjatuh di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Rakyat Malaysia diminta untuk jangan menyentuh apa-apa serpihan komponen jika roket dari negara maju China itu terjatuh di dalam kawasan negara.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MySA), Azlikamil Napiah berkata roket Long March-5B Y2 itu akan jatuh bila-bila masa antara sekarang sehingga pukul 3.34 pm esok (Ahad 8 Mei).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Komponen utama roket itu sudah mengelilingi bumi dalam keadaan orbit yang tidak stabil sejak Khamis lagi. Namun begitu, lokasi ia akan terhempas tidak dapat dijangka kecuali beberapa jam sebelum ia berlaku.

Azlikamil berkata rakyat Malaysia tidak perlu gusar kerana kebanyakan komponen tersebut akan melebur ketika memasuki ruang udara bumi.

"Kemungkinan ia akan terhempas ke atas bangunan atau mengenai tempat berpenduduk adalah kecil kerana 70 peratus permukaan bumi ialah air dan Malaysia adalah sebuah negara yang kecil," ujarnya.

Beliau seterusnya berkata sekiranya ada komponen yang terhempas, orang awam diminta untuk menghubungi nombor kecemasan 999.

Beliau juga meminta orang ramai mengambil video jika ternampak komponen itu akan terhempas.

Dalam bulan Mei tahun lalu, serpihan dari roket China terjatuh ke atas sebuah perkampungan di Ivory Coast dan menyebabkan kerosakan struktur kepada bangunan-bangunan. Tidak ada kecederaan atau kematian dilaporkan.

* Laporan penuh dari The Star

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Pereka Bentuk Roket Pembawa Long March 2F Korporat Sains dan Teknologi Angkasa Lepas…
Berita Global
  Roket suborbital Vikram-S itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan Pertubuhan…
Berita Global
  Pakar-pakar berkata, kebimbangan tersebut adalah berpunca daripada roket Long March 5B yang…