'Jangan jadikan rakyat Amerika patung ujian Tesla' - Ralph Nader

oleh Mohamad Hanif|
Tesla sepatutnya berasa gerun dengan susuk tubuh bernama Ralph Nader.

Ini kerana dalam satu kenyataan baru-baru ini, aktivis Amerika Syarikat itu menyeru organisasi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) untuk menggunakan kuasa bagi 'membuang' teknologi Full Self-Driving (FSD) daripada setiap kereta Tesla.

Dalam kenyataan tersebut, Nader mendakwa terdapat kajian membuktikan sistem FSD itu tidak berfungsi utnuk setiap lapan minit secara purata.
 

Tesla


Biarpun tidak mendedahkan sumber kajian tersebut, terdapat satu kajian "Project Dawn" yang dijalankan oleh kumpulan advokasi anti-FSD yang diketuai oleh tokoh industri Dan O'Down yang mendakwa sistem itu akan melakukan kesilapan pemanduan kritikal setiap lapan minit pada bulan Januari.

Nader yang sebelum ini menjadi terkenal kerana penerbitan buku berjudul Unsafe at Any Speed pada tahun 1965 menyifatkan penggunaan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Tesla sebagai "salah satu tindakan paling bahaya dan tidak bertanggungjawab oleh pengeluar kereta."

Jelasnya lagi, "rakyat Amerika tidak seharusnya menjadi patung ujian untuk kepentingan CEO selebriti yang memiliki syarikat yang berkuasa dan berprofil tinggi itu.

Tesla sebelum ini dikritik keras kerana mempromosikan sistem bantuan pemandu dengan nama yang mengelirukan seperti Autopilot dan Full Self-Driving.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini…
Berita Global
Ciri Passenger Play itu diperkenalkan baru-baru ini, di mana ia membolehkan penumpang hadapan…
Berita Global
Siasatan itu melibatkan kira-kira 580,000 unit kenderaan Tesla yang telah terjual sejak tahun 2017…