Jangan guna lampu amaran semasa hujan - JSPT

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT) baru-baru ini mengeluarkan garis panduan serta tips pemanduan yang boleh diamalkan semasa musim hujan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara saranan yang dikeluarkan termasuklah:

1. Pandu perlahan.

Pemanduan melebihi 80 km/j akan mengakibatkan kenderaan anda meluncur disebabkan tayar yang tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya.

Yang mana tayar sudah hampir botak tu, tak usahlah beranikan diri memandu laju melebihi kemampuan tayar.

 

2. Tidak memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan.

Prestasi brek semasa keadaan jalan yang kering adalah tidak sama dengan prestasi brek semasa jalan raya yang licin.

Jadi, sekiranya kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba, anda mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menghentikan kenderaan dengan selamat.

Jaga jarak adalah satu perkara yang perlu diberikan perhatian terutama di atas jalan raya.
 

hazard
sumber gambar: Tringlobe media


3. Tidak nyalakan lampu amaran bahaya (hazard light)

Ini merupakan satu perkara yang cukup gemar diamalkan oleh sesetengah rakyat Malaysia, asal hujan saja, lampu hazard mesti dipasang. Terlebih rajin. Sama halnya macam golongan lampu kabus.

Menurut saranan JSPT, lampu amaran bahaya hanya boleh digunakan semasa kereta anda berhenti atas sebab-sebab kecemasan.

Ini kerana penggunaan lampu amaran bahaya ketika pemanduan di bawah hujan mampu mengelirukan pengguna jalan raya yang lain. Paling penting, nyalakan lampu utama supaya pengguna jalan raya yang lain mampu untuk melihat dan mengesan kehadiran anda.

 

4. Elak memandu di lorong kanan

Ini merupakan salah satu insiden yang mampu berlaku ketika memandu dalam keadaan hujan, dan anda pula sedang memandu di lorong kanan - percikan air dari kenderaan arah berlawanan.

Air yang terpercik itu sebenarnya mampu menghalang pandangan anda dan selaju mana pun penyeka kaca anda beroperasi, anda sebenarnya boleh 'kehilangan' penglihatan hadapan untuk tempoh beberapa saat.

Jadi, beringatlah sebelum kena, dan usah memandu dengan laju semata-mata mahu menunjuk hero di atas jalan raya, terutama ketika musim hujan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata, proses advokasi atau pemakluman awal telah diberikan kepada semua pemandu dan…
Informasi
  "Setiap hari penduduk membahayakan nyawa melalui jalan berkenaan yang kini sudah menjadi…
Berita Domestik
Informasi ini kami kutip daripada Malaysian Modders (terima kasih rakan media Mekanika) yang…