Jangan cemas lihat pesawat terbang rendah - TUDM

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengingatkan orang ramai agar tidak cemas atau bimbang jika melihat pesawat tentera terbang rendah di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang terutamanya di ruang udara Putrajaya.


TUDM dalam kenyataan memaklumkan Angkatan Tentera Malaysia sedang melaksanakan persiapan bagi Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2023 yang bermula hari Selasa hingga hari sebenar pada 10 Jun ini di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya.

 

Menurut kenyataan itu ia akan melibatkan terbang lintas hormat beberapa pesawat helikopter Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan TUDM.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
TUDM dalam kenyataan berkata, pesawat terbabit mengalami masalah enjin ketika penerbangan pulang…
Berita Domestik
Beliau berkata penyerahan kapal itu sebahagian usaha pemodenan aset dan rasionalisasi angkatan bagi…
Berita Domestik
‎"Bot ini mampu meningkatkan tahap mobiliti dan kecekapan anggota dalam melaksanakan Operasi Udara…