Jangan buat keputusan yang beri kesan negatif warga teksi pada kerajaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak Kementerian Pengangkutan diminta agar tidak membuat keputusan yang akan menjadikan warga teksi memandang negatif terhadap kerajaan sekarang.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

TImbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM), Kamarudin Mohd Hussain berkata dalam kenyataan bertulis beliau.

Beliau memberikan pendapat beliau berkaitan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk masih mengekalkan ahli SPAD tetapi dengan menukar nama suruhanjaya itu sahaja.

Di bawah ialah kenyataan beliau untuk anda fikirkan.

 

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DINASIHATKAN TIDAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG MEMBERI KESAN NEGATIF WARGA TEKSI TERHADAP KERAJAAN.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan adalah sesuatu yang amat-amat mengecewakan kami setelah kami diberi harapan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pembubaran SPAD.

Kami sebenarnya tidak sekejam mereka (SPAD), kami boleh terima keputusan Kementerian Pengangkutan menyerapkan mereka ke dalam Kementerian tersebut, kerana itu akan memberi mereka peluang pekerjaaan.

Tetapi keputusan YB Anthony Loke mengekalkan jawatan mereka (SPAD) di unit Perancangan, dan Pembangunan Sektor Pengangkutan Awam Darat benar-benar memberi tamparan hebat kepada kami.

Kami telah hilang kepercayaan terhadap mereka yang bertugas di SPAD, dan tindakan mengekalkan mereka dengan jawatan asal memberi gambaran awal sejarah pentakbiran Kerajaan BN akan berulang lagi, dan kebajikan kami tidak akan terbela.

Sebenarnya kami faham perbezaan diantara Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang akan mengantikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tetapi yang kami tidak boleh terima adalah keputusan YB Anthony Loke mengekalkan jawatan dan mereka yang selama ini menambur pasir ke dalam periuk nasi kami.

Apakah Kerajaan PH tidak mempunyai golongan bijak pandai yang mampu mengantikan pegawai-pegawai SPAD yang telah terbukti gagal membawa sebarang pembaharuan kepada industri sejak 2010?

Sepatutnya Kementerian Pengangkutan menyegerakan penyelesaian isu kereta sapu Grab yang terang-terang mencabuli Kedaulatan Undang-Undang, dan bukannya menyelamatkan periuk nasi pegawai-pegawai SPAD yang menggalakkan masyarakat mencabuli Undang-Undang.

Jika Negara luar boleh mengharamkan aktiviti kereta sapu Uber, kenapa Malaysia begitu sukar untuk menyelesaikan isu berkenaan?

Jika Kerajaan berpendapat rakyat telah terbiasa dengan aktiviti kereta sapu moden itu, persoalannya apakah Negara-Negara maju lain yang telah mengharamkan aktiviti tersebut tidak menghadapi isu yang sama?

Kami bukan ingin menentang mana-mana pihak khususnya Kerajaan, tetapi kami berhak bersuara apabila kami melihat kepercayaan yang kami berikan kepada Kerajaan secara umumnya kepada Kementerian Pengangkutan seperti tidak dihargai.

Kementerian Pengangkutan seolah-olah tidak melihat isu periuk nasi kami yang kini semakin berpasir sebagai satu isu yang sangat penting.

Kami berharap Kementerian Pengangkutan tidak berdolak-dalih dalam isu yang sangat merucing, kami telah lama sengsara diatas pencabulan undang-undang oleh Grab, seharusnya isu ini diberi keutamaan daripada semua isu termasuk menyelamatkan periuk nasi pegawai-pegawai SPAD.

Kami harap Kementerian Pengangkutan tidak terus menerus membuat keputusan bersendirian tanpa mengadakan pembincangan dengan kami (pemain industri). 

Pesanan ringkas dari kami, jangan buat keputusan yang memberi kesan negatif warga pemain industri (Teksi, Bas dan Lori) terhadap Kerajaan PH.

KAMARUDIN BIN MOHD HUSSAIN
T/Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiausahanya, Asad Hanapi berkata, antara inisiatif yang diharapkan adalah pelaksanaan…
Berita Domestik
Pelanjutan itu selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan dalam usaha melestarikan industri…
Berita Domestik
  "Ini merupakan dasar yang kita akan perkenalkan semula dan mana-mana pihak yang ingin melabur…