Jangan berbasikal di Pintasan Saloma!

oleh SALINA JALIL|
gambar dari mstar
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) memohon kerjasama warga kota agar mematuhi peraturan dan tidak berbasikal semasa melalui Pintasan Saloma di sini, bagi memastikan keselamatan pengunjung serta memelihara struktur mercu tanda ibu kota itu.


PKB dalam kenyataan hari ini mengingatkan bahawa penunggang hanya dibenarkan menuntun basikal semasa melalui laluan pejalan kaki bertingkat ikonik sepanjang 370 meter yang menghubungkan Kampung Baru ke KLCC itu.
Modenas

 

“Harapan PKB menjadikan Pintasan Saloma sebagai ‘Ikonik Pelancongan Baharu’ yang menjadi daya tarikan pelancong bukan sahaja di Malaysia, tetapi di peringkat dunia.

 

 

“Oleh yang demikian PKB mohon kerjasama semua pengguna basikal yang melalui Pintasan Saloma agar bersama-sama mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan bersama-sama menjaga ikonik pelancongan baru di Kuala Lumpur, ” menurut kenyataan yang dikeluarkan sebagai maklum balas sebuah laporan berita.

 

Gambar aktiviti berbasikal di pintasan ikonik yang merupakan laluan pejalan kaki itu juga tular di media sosial serta mencetuskan kemarahan netizen kerana membahayakan keselamatan pejalan kaki dan merosakkan kemudahan awam.

 

 

 

— BERNAMA