Jamuan makan malam kelab VOCM (VOLVO) penuh dengan kereta klasik dan unik

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kelab automotif adalah antara kelab riadah paling aktif di dalam negara kita ini.

Perjumpaan mingguan dan tahunan sering dilakukan dan baru-baru ini Careta turun melawat Majlis Makan Malam Tahunan anjuran Volvo Owners Club Malaysia (VOCM) yang diadakan di Denai Alam.

Hampir 200 ahli kelab dari serata pelusuk negara hadir ke acara malam itu. 

 

 

Tetamu jemputan termasuk ahli kelab Volvo dari Indonesia yang turut sama datang untuk berkongsi idea dan mengeratkan silaturrohim antara pemilik-pemilik Volvo dari kedua negara tersebut.

Sesi fotografi yang diadakan untuk Careta menampilkan beberapa buah Volvo yang unik, termasuk sebuah Volvo Amazon yang nyata kenderaan tertua pada hari tersebut.

 

 

Menurut salah seorang ahli kelab, Yushafeezs Yusof, pihak kelab mendapat sumbangan dari Sisma Auto Volvo dan beberapa lagi syarikat-syarikat lain.

VOCM bermula pada tahun 2002 oleh lima orang peminat kenderaan dari Sweden ini. 

Dzulastra Latib, Sazali Shahabudin, Choong Thye Chung, Michael Lim dan Jeff Lim pada asalnya membuka laman web dan forum khas untuk pemilik dan peminat kereta Volvo bertukar-tukar informasi dan pendapat.

 

 

Pada usia 16 tahun, VOCM kini dianggotai oleh seramai 22,000 orang. Ahli-ahli kelab yang lama juga masih aktif di dalam kelab, termasuk mereka yang baharu.

Untuk mereka yang berminat dengan kelab VOCM, lawati mereka di Facebook 

 

 

Galeri gambar-gambar Annual Dinner ada di bawah dan juga untuk volume kedua ada  di pautan ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…