Jaminan lanjutan bagi kereta terpakai: Isu dan solusi

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan cip semikonduktor menjejaskan penjualan bagi kenderaan-kenderaan baharu, dan wabak pandemik yang melanda sejak dua tahun yang lalu menyaksikan peningkatan mendadak bagi industri kenderaan terpakai di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, selari dengan peningkatan tersebut, timbul pula satu masalah berkenaan jaminan lanjutan - satu perkhidmatan yang sangat diperlukan namun mempunyai reputasi yang kurang ideal di kalangan pengguna.

Menurut Jonathan Tham selaku CEO Guard My Ride (GMR) berkata, seseorang pengguna perlu melihat dengan jelas apa yang terkandung di dalam jaminan lanjutan yang biasa ditawarkan.
 

GMR


Ini kerana kebiasaannya bagi kenderaan baharu, syarikat pengeluar automotif seperti Honda, Toyota, Perodua dan Proton (sekadar menyebut beberapa contoh) mempunyai sumber yang mencukupi untuk memenuhi janji yang diberikan, dan pengguna boleh bergantung kepada syarikat besar ini sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan dan jaminan yang perlu dituntut.

Kereta terpakai juga turut datang dengan jaminan yang tersendiri, namun ia biasanya dikendalikan oleh pihak ketiga yang tidak mempunyai sumber yang sama seperti pengeluar automotif.

Ini mengakibatkan mereka adakalanya sukar untuk memenuhi kewajipan dan janji yang diberikan, dan lebih memburukkan keadaan apabila ada segelintir pelanggan menuntut tahap jaminan yang sama rata daripada penyedia jaminan lanjutan seperti yang diperoleh daripada pasaran utama.

Selain daripada itu, terdapat juga sesetengah pemain industri yang mengamalkan perniagaan yang tidak baik sehingga mampu mencemarkan reputasi di dalam industri itu sendiri.

Kesemua faktor-faktor itu memberikan impak negatif kepada pasaran kenderaan terpakai secara keseluruhan, mengakibatkan angka jualan kenderaan terpakai ketinggalan berbanding negara-negara jiran.
 

warrantt


Masalah ketidakyakinan terhadap jaminan lanjutan ini bukan sahaja berpunca daripada pelanggan, malah ia juga turut disumbangkan oleh penyedia jaminan itu sendiri.

Selain daripada amalan perniagaan yang tidak bertanggungjawab, terdapat juga sesetengah pihak yang menabur janji-janji yang keterlaluan, sehinggakan ia kedengaran terlalu bagus untuk menjadi satu kenyataan.

Mengikut undang-undang, penyedia jaminan lanjutan perlu ditaja jamin oleh penyedia insurans utama sedia ada bagi melindungi pelanggan sekiranya penyedia jaminan tersebut bankrap.

Ini adalah untuk mengelakkan pelanggan daripada terus mengeluarkan wang untuk sebarang kos pembaikan dan servis sekiranya mereka terperangkap dengan janji palsu yang ditaburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Lebih memburukkan keadaan di atas adalah penguatkuasaan undang-undang sedia ada yang tidak mencukupi, di mana masih lagi terdapat kelompongan yang boleh dieksploitasi untuk keuntungan yang cepat.
 

GMR


Kesan daripada pandemik COVID-19 turut memberikan kesan yang buruk, di mana bukan sahaja penyedia yang tidak dipercayai telah tutup, perniagaan yang tulen juga turut dipaksa gulung tikar disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan.

Pada akhirnya, pengguna yang terpaksa berdepan dengan bebanan, di mana wang premium yang sudah dibayar lesap begitu sahaja, dan perlu mencari solusi lain untuk menyelesaikan masalah yang melanda kereta mereka.

Untuk itu, Jonathan turut menggariskan tiga panduan yang boleh diikuti oleh pelanggan:
1. Pastikan syarikat penyedia tersebut sah
2. Apa yang ditawarkan itu tidak terlalu bagus untuk menjadi satu kenyataan
3. Sentiasa memeriksa ulasan yang ditulis oleh pelanggan lain.

Perkataan dari mulut ke mulut sentiasa merupakan satu alat pengiklanan yang amat berkuasa, di mana pelanggan disaran untuk mengelakkan syarikat dengan reputasi yang kurang baik.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata, di bawah program ini, bahagian…