Jambatan Temburong di Brunei - bakal jadi jambatan terpanjang Asean

oleh HEZERI SAMSURI|
Jambatan Temburong yang bakal menyambungkan dua daerah di Brunei itu bakal menjadi jambatan terpanjang di rantau Asean.

Sepanjang 30 km, ia menyambungkan Mengkubau dan Sungai Besar di daerah Brunei-Muara ke Estet Labu di daerah Temburong.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
peta jambatan temburong


Sekarang ini, kedua-dua daerah itu dipisahkan oleh daerah Limbang, Sarawak dan juga Teluk Brunei. 

Dengan wujudnya jambatan baharu itu, pengguna jalanraya tidak perlu lagi melepasi empat pintu masuk imigresen untuk pergi ke dua kawasan tersebut.

Jambatan itu juga bakal meningkatkan aktiviti di Limbang, Sarawak. Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, kerajaan negeri Sarawak dan Brunei telah berbincang untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang meibatkan kerjasama kedua pihak tersebut.

Pembinaan jambatan Temburong bermula sejak tahun 2014 dan dijangka akan siap pada hujung tahun ini. 

Projek itu dianggarkan memakan kos sebanyak Brunei $1.6 bilion (anggaran pada tahun 2018).

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peningkatan cemerlang itu merekod sebanyak 789 unit kenderaan Proton dijual di Brunei meningkat…
Berita Domestik
  "Ini adalah projek Kerajaan Persekutuan dan satu kajian mengenai projek itu akan dibuat oleh…
Berita Domestik
  "Semasa kita kerajaan, saya telah perhalusinya malah saya telah berbincang dengan Sultan Brunei…