Beberapa trak dan kereta terjunam ke dalam sungai apabila sebahagian daripada jambatan berusia empat dekad itu runtuh.
Sepuluh orang terkorban dalam kejadian itu, manakala ramai lagi berjaya diselamatkan dari sungai, menurut laporan media tempatan.
Operasi menyelamat masih diteruskan dan angka kematian dijangka meningkat.
Infrastruktur pembinaan di India telah lama disyaki mempunyai isu keselamatan yang telah membawa kepada beberapa bencana. Antara isu yang sering menjadi perbalahan adalah syarikat pembinaan sering menggunakan bahan binaan yang berkualiti rendah untuk mengurangkan kos.
Insiden semalam adalah jambatan ke-17 runtuh di Gujerat dalam tempoh lima tahun.
Pada Oktober 2022, sebuah jambatan gantung era kolonial runtuh di bandar Morbi, di mana ratusan pengguna telah jatuh ke dalam sungai Machchhu dan meragut nyawa 135 orang.