Jambatan Bailey dibuka untuk kenderaan ringan

oleh Penyumbang Rencana|
Jambatan Bailey di jalan utama Felda Selancar dan Perwira Jaya di Rompin, pada Selasa dibuka secara satu lorong kepada semua jenis kenderaan ringan.


Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi catatan di Facebook berkata had muatan kenderaan yang ditetapkan untuk menggunakan jambatan itu ialah 40 tan dengan had kelajuan 30km/j sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi arahan papan tanda yang disediakan dan berhati-hati di jalan raya," katanya.

 

Pembinaan jambatan Bailey sepanjang 42.67 meter itu bagi membolehkan penduduk meneruskan urusan perjalanan selepas jalan utama itu runtuh pada 1 Mac lepas, akibat limpahan air deras ekoran hujan lebat berterusan.

 

Runtuhan jalan yang dianggarkan sepanjang 23 meter itu mengakibatkan kira-kira 12,000 penduduk setempat mengalami kesukaran untuk menuju ke bandar selepas jalan berkenaan ditutup bagi semua jenis kenderaan.

 

Jalan berkenaan menghubungkan penduduk Felda Selancar ke Segamat dan Muadzam Shah.

 

Pemasangan jambatan itu dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan 80 petugas, selepas komponen jambatan itu digerakkan ke lokasi, Khamis lepas dari JKR Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan JKR Daerah Petaling, Selangor.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baca disini. (Maklumbalas JKR) Hari ini, JKR mengumumkan kerja pembaikan kerosakan plat keluli…
Berita Domestik
Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat banyak kereta yang terkesan seperti bumper…
Informasi
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pekan melalui notis pemberitahuan menasihatkan pengguna agar…