Jamal Hameedi, ketua jurutera Ford Performance berhijrah ke Jaguar Land Rover

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai yang tidak tahu bahawa personaliti di belakang pencipataan model-model prestasi Ford seperti Ford GT supercar, Mustang Shelby GT350, pikap F-150 Raptor, Fiesta ST, Focus ST dan Focus RS ialah Jamal Hameedi, ketua jurutera dari bahagian Ford Performance.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aktif di Ford sejak tahun 2005 bila Jamal bertugas di bahagian Ford Special Vehicle Team (SVT), beliau kemudian masuk ke bahagian Ford Performance dalam tahun 2013 sehingga bulan lalu.

Jamal kini telah berhijrah ke Jaguar Land Rover dalam bahagian yang hampir sama, iaitu Special Vehicle Operations atau SVO yang bertanggung-jawab akan varian-varian prestasi jenama British itu.

Antara model oleh SVO yang popular ialah F-Type SVR, F-Pace SVR, XE SV Project 8 dan Range Rover Sport SVR.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…