Jam terbaharu G-SHOCK tampil unik dengan karakter Master of G, harga RM680

oleh Mohamad Hanif|
Casio Malaysia melancarkan jam tangan terbaharu G-SHOCK DW-5600GU-7 dengan penampilan samaran yang serba unik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana ia menampilkan kesemua 18 karakter ikonik daripada model Master of G termasuklah katak dari siri FROGMAN dan kucing liar RANGEMAN yang diabadikan pada bahagian bezel, dial, serta tali jam tangan tersebut.
 

DW


Karakter pertama katak penyelam muncul pada penutup casis belakang pada model FROGMAN pertama DW-6300 pada tahun 1993 sebelum disusuli dengan pelbagai jenis model jam tangan dengan karakter tersendiri yang unik.

Kesemua karakter tersebut dimuatkan dalam rekaan samaran pada bahagian bezel dan tali jam bertemakan warna hitam putih.
 

DW


Mengikut spesifikasi, G-SHOCK DW5600GU-7 ini mempunyai ciri seperti tahan gegaran, fungsi jam randik dan kiraan masa menurun, kalendar automatik, sistem pencahayaan backlight EL, dan bateri dengan ketahanan sehingga dua tahun.

Boleh didapati di laman Casio E-commerce, G-Factory, G-Shock Store dan pengedar sah G-Shock, harga jualan bermula dari RM680.00.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…