Jam tangan ulang tahun ke-50 GT-R: Lebih mahal daripada sebuah GT-R Nismo!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-50 Nissan GT-R sebagai sebuah nama yang seringkali dikaitkan dengan kereta berprestasi tinggi dan syarikat Nissan sebelum ini telah menyambutnya dengan sebuah model one-off GT-R50 yang direka oleh Italdesign.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menambahkan kemeriahan tersebut, Nissan telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pembikin jam terkemuka dunia, Grand Seiko untuk menghasilkan jam tangan tribut kepada kereta sports ikonik itu. 

Usah ditanya soal harga jam tangan edisi terhad tersebut oleh kerana ianya lebih mahal daripada sebuah GT-R versi Nismo!
 


Jam tangan tersebut dibina berdasarkan jam tangan Grand Seiko SBGC223G Chronograph dengan penampilan teknologi Spring Drive tersendiri daripada syarikat tersebut dan ia mempunyai tanda harga asas sekitar $15,000 (RM62,268++) sahaja. 

Sebanyak tiga unit jam tangan GT-R ini (ya, tiga unit sahaja) akan dibina dan Grand Seiko telah membuka tempahan kepada mereka (baca: peminat sejati GT-R) untuk mendapatkan jam tangan edisi terhad ini pada harga bermula dari ¥20,000,000 (RM740,000++). 
 


Sebagai perbandingan, harga jualan sebuah Nissan GT-R Nismo di Jepun yang boleh dipandu secara halal di atas jalan bermula dari ¥18,700,200 (RM692,000++). 
 


Sebagai perbandingan kedua, harga jualan sebuah Nissan GT-R50 (yang dihasilkan sebanyak 50 unit itu) dijual pada harga €900,000 (RM4.2 juta) sahaja tidak termasuk segala mak nenek cukai yang bakal dikenakan ke atas pembeli. 

 


Tepuk dada, tanyalah akaun bank anda!

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…