Jam tangan terhad Tag Heuer sempena ulang tahun ke-50 Carrera RS 2.7, harga cecah RM109k!

oleh Mohamad Hanif|
Oktober 1972.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun dan bulan di mana Porsche pertama kali memperkenalkan model 911 Carrera RS 2.7 bertempat di Paris Motor Show, dan sejak daripada itu ia merupakan plet nama yang paling signifikan buat Porsche sehingga kini.
 

2.7


RS merupakan singkatan kepada Rennsport (race sport) di dalam bahasa Jerman, jadi ia merupakan 911 pertama yang membawakan nama RS, model 911 pertama yang membawakan nama Carrera, serta model produksi bersiri pertama yang mendapat ciri spoiler depan dan belakang (gelaran ekor itik).

Ia juga sebenarnya merupakan model homologasi dan model produksi Jerman yang terpantas pada ketika itu.
 

RS



Bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 pengenalan model Porsche 911 Carrera RS 2.7, pengeluar jam tangan mewah Tag Heuer memperkenalkan sepasang jam tangan edisi terhad seabgai satu penghormatan kepada jentera yang telah berjaya mengubah dunia perlumbaan.

Jam tangan terbaharu ini hadir dalam warna ikonik Grand Prix White, digandingkan dengan aksen biru atau mewah yang sememangnya diinspirasikan daripada model Ducktail tersebut.

Kedua-dua jam tangan chronograph ini menggunakan casis 42 mm dengan sistem pergerakan Calibre Heuer 02 yang termaju dan dibangunkan sendiri oleh Tag Heuer, sebelum ditutup dengan kaca kristal sapphire.
 

RS


Rekaan jisim berayun yang boleh diliihat menerusi kaca pada bahagian belakang jam pula menyamai rekaan roda stereng Porsche.

Jam berwarna biru didatangkan dengan tali jam tekstil, casis keluli bergilap, kemasan plet Rhodium pada petunjuk indeks jam, jarum jam dan minit, sementara rekaan dial pula menampilkan warna white opaline.

Mereka yang memilih warna merah bakal mendapat casis emas ros 18 karat 5N, serta kemasan yang serupa pada bahagian crown, butang sisi dan juga penutup belakang.
 

RS


Tali jam pula menggunakan  bahan kulit buaya berwarna merah yang dikemaskan dengan buckle emas ros.

Harga jualan bermula dari $7,750 (RM35,929) untuk jam berwarna biru (yang telah pun habis dijual), sementara versi merah pula mempunyai tanda harga bermula dari $23,550 (RM109,178).

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Bagi peminat tegar, mereka boleh menunjukkan semangat fanatik mereka dengan memiliki sebuah jam…
Berita Global
Menurut Porsche, jam tangan pintar ini diinspirasikan daripada model sedan elektrik Porsche Taycan…
Berita Global
Porsche bekerjasama dengan syarikat jam tangan terkemuka, Tag Heuer, dan pasukan baharu ini…