Jam tangan Porsche Design kustom menerusi program Exclusive Manufaktur

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sah jika memiliki sebuah Porsche 911 tanpa menempah spesifikasi kustom seperti yang ditawarkan oleh Porsche Exclusive Manufaktur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana menurut Alexander Fabig, Ketua Personalizasi dan Klasik Porsche menyebut: "90 peratus daripada model 911 adalah dihasilkan khusus mengikut kehendak pelanggan."

Bukan itu sahaja, dengan lebih daripada 700 opsyen untuk dipadankan pada bahagian luar dan dalam, tidak menghairankan lebih daripada 25 peratus kereta-kereta Porsche di seluruh dunia datangnya daripada barisan pengeluaran Exclusive Manufaktur.

 


Untuk menjadikan pemilikan Porsche lebih unik, Porsche kini membuat penawaran yang serupa, kali ini merangkumi jam tangan kustom yang dihasilkan sendiri oleh Porsche.

Terdapat lebih daripada 1.5 juta pilihan rekaan untuk dipilih, dan ia dihasilkan daripada bahan dan warna yang serupa didapati pada kereta sebenar Porsche termasuklah jenis kulit dan jahitan dekoratif yang digunakan.

 


Selain daripada itu, pemilik juga bebas untuk mengubah warna pada casis titanium, rekaan dial, serta rotor pergerakan automatik untuk menyamai warna Porsche 911 mereka.

Pihak Porsche juga turut menyediakan Porsche Design Timepiece Configurator menerusi laman web khas bagi memudahkan para pemilik menentukan rekaan dan warna yang diinginkan. 

Kalau dah pening sangat,  serahkan sahaja segala urusan kepada pakar jam tangan Porsche Exclusive Manufaktur di Zuffenhausen.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…