Menurut Porsche, jam tangan pintar ini diinspirasikan daripada model sedan elektrik Porsche Taycan, menampilkan casis titanium sandblasted 45 mm dengan aksen biru, serta rekaan bezel seramik hitam berkilat.

Sebagai sebuah jam tangan pintar, ia hadir dengan sistem operasi Wear OS daripada Google, menyokong pelbagai jenis aplikasi dan mod sukan.
Rekaan dial jam diinspirasikan daripada papan litar bercetak yang menawarkan kesan visual beranimasi yang membawakan perasaan kelajuan serta teknologi.

Pemilik Porsche terpilih - Panamera, 911, Cayenne, 718, Macan dan Taycan - boleh menghubungkan jam tangan ini dengan kenderaan mereka dan melihat informasi yang terpapar pada dial jam, seperti kapasiti pek bateri, jarak perjalanan yang tersisa, serta jarak perbatuan yang tercatat.
Selain itu, pemilik juga boleh mengakses butang pintas aplikasi Wear OS My Porsche yang membolehkan mereka mengawal fungsi kenderaan seperti sistem pemanasan dan juga pendingin hawa.
Berdasarkan semakan di laman web TAG Heuer Malaysia, harga jualan untuk jam tangan pintar Connected Calibre E4 Porsche Edition ini bermula dari RM11,300.